Kamis, 17 Maret 2011

untuk muslimah


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang

tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan

dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan

mendapat pahala jihad
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya

yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan

kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian

menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,

akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam

syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan

diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah

memberi 12 tahun pahala ibadat.
11.Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu

dengan doa keberkatan.
12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di

Baitullah.
14.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk

memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan

pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati

syahid.

19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-

malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi

pahala satu tahun solat dan puasa.
22.Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita

memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Hadist nabi mengenai wanita:
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wallahua'lam. .
Ya Allah, adakah aku ini hamba-MU yang layak untuk merindui syurgaMu.

Tak t'daya rasanya menuju ke sana lantaran godaan syaitan & hawa nafsu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar